twitter
rss

Buat kali pertama, sekolah kita telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan untuk menyertai Kejohanan Hoki L/P 12 yang telah dilangsungkan di SM Tinggi Segamat pada 8 dan 9 Mei lepas. Kejohanan kali ini disertai 10 pasukan sekali dan 6 pasukan perempuan (juga sejarah dalam sukan hoki daerah segamat).

Berbekalkan semangat ketika menjadi naib johan lelaki dan keempat perempuan, di kejohanan hoki 6 sebelah 1 Murid 1 Sukan tahun lepas, para pemain tampil lebih bersemangat untuk mencipta kejutan dengan misi layak ke separuh akhir.

Beberapa orang pemain juga sanggup berkorban untuk melupakan hasrat mewakili segamat dalam sukan sofbol MSSJ kerana ingin bermain dalam kejohanan hoki kali ini. (tarikh latihan pusat yang sama). Berikut ialah keputusan penuh kejohanan kali ini:

Perempuan 12

Kumpulan A
SKPB 0 - 0 STAR
SKPB 2 - 1 SK Desa Temu Jodoh

Separuh Akhir
SKPB 3 - 0 SK Batu Anam

Akhir
SKPB 1 - 1 SK LKTP Chempelak

SKPB tewas penentuan penalti..

Lelaki 12
Kumpulan A
SKPB 1 - 0 SK Desa Temu Jodoh
SKPB 1 - 1 SK Sri Labis

Pusingan kedua - Kumpulan x

SKPB 1 - 0 SK LKTP Chempelak
SKPB 0 - 0 SK Tenang Stesen

Akhir
SKPB 0 - 0 SK Gemereh

SKPB menang penentuan penalti 2-0

Beberapa orang murid telah terpilih untuk mewakili MSS Segamat ke Kejohanan Hoki MSS Negeri Johor di Stadium Taman Daya, Pasir Gudang 17 - 19 Mei ini.

Perempuan 12
Nor Asyikin bt Amir
Nur Ainul Iman bt  Mohd Salleh
Syazana bt Haryanta
Fatin Nur Zulaikha bt Miswan
Nur Khairunnisa bt Mohd Ishak
Nurul Shafeekah bt Zaiton

Lelaki 12
Mohd Aiman bin Rasid
Mohd Aidel bin Rasid
Mohd Aniq bin Kasdan
Mohd Zharif bin Mohd Amin
Amir Haziq bin Mohd Amran


0 ulasan: