twitter
rss

Alhamdulillah ... setelah lama tidak update blog ini, saya kembali dengan berita baik.. Hari ini, 24 April 2013, bertempat di Padang Kolej Vokasional Segamat, SK Paya Besar mengulangi kejayaan tradisi sebagai johan Kejohanan Sofbol MSS Segamat 2013 kategori perempuan 12. Manakala pasukan lelaki yang baru ini ditubuhkan mendapat tempat ketiga.




SK Paya Besar berkongsi kesedihan dengan SK Melayu Raya kerana telah kehilangan seorang kakitangan sokongan iaitu Pn. Nur Zanariah bt Abu Bakar, yang telah kembali ke Rahmatullah sebaik sahaja melahirkan anak sulongnya pagi 4 April lepas. Al-Fatihah.

MSSK Selatan telah menjuarai Kejohanan Bola Sepak L12 MSS Segamat, 4 April lalu. Mohd Aiman Rasid (midfilder) dan Amir Haziq bin Amran (defender) telah membantu MSSK Selatan sebagai pemain utama sepanjang kejohanan dengan bersemangat dan gigih. MSSK Selatan juga tidak dibolosi walau satu gol pun dikejohanan itu.
Mohd Aiman Rasid
Lebih mengembirakan, Mohd Aiman bin Rasid terpilih untuk mewakili daerah segamat ke MSS Negeri Johor. Syabas dan tahniah kepada kedua - dua pemain..
Amir Haziq bin Amran




Berkuat kuasa 1 April 2013, scara rasminya, SK Paya Besar telah kehilangan seorang lagi kakitangan. Kali ini melibatkan pertukaran Pembantu Tadbir yang sangat berdedikasi, Puan Talha binti Mohd Yunos. Beliau telah berpindah ke SK Melayu Raya, yang juga kampung halamannya.

Nyata, seluruh warga SK Paya Besar sangat bersedih di atas perpindahan ini. Walaupun akur dengan arahan sebagai seorang penjawat awam, namun sebagai seorang insan, pemergian ini sedikit sebanyak mengusik jiwa dan perasaan.

Harapan warga SK Paya Besar agar beliau sentiasa menjalankan tugas dengan baik dan cepat menyesuaikan diri di tempat baru. InsyaAllah, semua yang berlaku membawa hikamh dan kebaikan kepada semua pihak.

Pihak SK Paya Besar merakamkan setinggi - tinggi penghargaan atas segala jasa, budi dan bakti yang telah beliau curahkan sepanjang bertugas di sini.