twitter
rss

Rasa bersyukur berada di SK Paya Besar... Apa tidaknya, hubungan dan kerjasama guru dan warga sekolah yang sangat baik. Jujurnya, biarpun terdapat perselisihan dan perbezaan pendapat, ia tidak sedikit pun menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan warga SK Paya Besar.

Sekolah ini sentiasa meriah. Biarpun sesi persekolahan tamat pada jam 1:30 - 2:00 ptg, namun kehadiran ibu bapa yang menemani anak2 mereka sementara menunggu sesi persekolahan Sekolah Agama pula amat menghidupkan suasana. Kadangkala, perbincangan lisan tentang hal anak2 juga berlaku di kantin sekolah.

Harapannya, kerjasama, persepakatan, toleransi dan permuafakatan warga SK Paya Besar ini akan berterusan demi menjayakan misi dan visi sekolah.

Sekolah kita telah menghantar wakil ke Kejohanan Catur MSSK Selatan 2014. Seramai 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan mewakili sekolah kita dalam kejohanan tersebut.
Berikut ialah keputusan yang melibatkan peserta sekolah kita;
L12
1. Mohd Aidel Rasid - keenam (wakil zon )
2. Mohd Irsyad bin Mohd Amin - kelapan
P12
1. Nur Athirah bt Mohd Ali - keempat (wakil zon)
2. Nur Ainul Iman bt Mohd Salleh - ketujuh
SK PAYA BESAR juga berjaya memenangi tempat kedua keseluruhan pada tahun ini. Sekolah amat berbangga dengan pencapaian mereka. Semoga kejayaan akan terus dicapai pada tahun ini.


Tarikh : 23/2/2014
Masa : 7:30 a.m
Tempat : Dataran Perhimpunan, SK Paya Besar

Pada 15/2/2014 yg lepas, Masjid Nur Iman Kg Paya Besar telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini juga telah dilaksanakan dengan kerjasama SK PAYA BESAR, SA PAYA BESAR.
Kita juga tidak ketinggalan apabila turut menyertai dan memeriahkan perarakan sempena Majlis tersebut.

Permulaan tahun 2014 yang amat menyedihkan buat warga SKPB. Salah seorang guru yang banyak berjasa kepada SKPB telah meninggalkan kita kerana berpindah ke Negeri Selangor.

Cikgu Zubaidah, seorang guru yang penuh semangat, dedikasi, rajin dan sangat komited terhadap tugasnya. Beliau juga banyak membantu pihak pentadbiran, guru2 dan warga SKPB.

Warga SKPB hanya mampu mengiringi pemergian beliau dengan doa dan harapan agar beliau sentiasa cemerlang, ceria dan gembira sentiasa.

Assalamualaikum... Salam sejahtera
Dah lama betul blog ini tidak dikemaskini. Almaklumlah, banyak tugasan yang perlu diselesaikan... apapun.. 2014 sudah datang.. Mulakan dengan semangat dan azam yang baru..