twitter
rss

Awal tahun 2013, perbincangan telah diadakan untuk mengaktifkan semula aktiviti zapin di SK Paya Besar. Kebelakangan ini aktiviti zapin sudah kurang sengatnya. Ketiadaan pelapis untuk menggantikan abang - abang dan kakak - kakak yang telah ke sekolah menengah sangat kritikal.

Sehubungan itu, latihan zapin mula diadakan pada setiap Ahad jam 2:30 p.m di bawah bimbingan Cikgu Mistiah dan Cik Suhana a.k.a Along Kantin. Tiada paksaan dalam menyertai aktiviti ini. Sekian.. Teruskan usaha




Lagi kejayaan dicipta SK Paya Besar. Kali ini dalam Kejohanan Bola Sepak L12 MSSK Selatan. Sekolah kita berjaya menjadi naib johan. Tahniah kepada seluruh warga SKPB khususnya para pemain dan jurulatih. Berikut ialah keputusan penuh kejohanan:

Pusingan Awal
SKPB 2 - 1 SJKT Bandar
SKPB 5 - 0 SK Bandar Putra
SKPB 4 - 0 SK Tenang Stesen

Separuh Akhir
SKPB 4 - 0 SK Pogoh

Akhir
SKPB 0 - 1 SK Kg Jawa


Alhamdulillah, pada 23 Januari lepas, sekolah kita telah menghantar 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan ke Kejohanan Catur MSSK Selatan di SK Segamat Baru. Berikut ialah keputusan kejohanan membabitkan peserta kita.

Kategori Perempuan (Naib Johan Keseluruhan)
Naib Johan - Adik Norasyikin bt Amir
Ketiga - Adik Nur Ainul Iman bt Mohd Salleh



Kategori Lelaki
Ke-7 - Adik Mohd Aiman bin Rasid

Tahniah kepada semua peserta.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Oleh kerana admin dalam proses belajar membuat blog yang dah lama orang lain tau, maka 2 atau 3 kali admin berdepan masalah. So, harap - harap blog baru ini tidak bermasalah lagi. Enjoy....