twitter
rss



SK Paya Besar mencatat satu lagi kejayaan yang membanggakan apabila 11 pemain terpilih ke mewakili daerah Segamat ke Kejohanan Hoki MSS Negeri Johor di Stadium Taman Daya, Pasir Gudang...

Berikut ialah keputusan penuh perlawanan,

P12
Segamat 0 - 4 Pasir Gudang
Segamat 3 - 0 Pengerang

L12
Segamat 0-1 Johor Baru
Segamat 1-0 Pengerang

3 orang pemain terpilih menjalani latihan pusat ke MSSM iaitu;

Amir Haziq Amran
Mohd Aiman Rasid
Nor Asyikin Amir

Tahniah dan all the best


Majlis Sambutan Hari Guru peringkat SK Paya Besar telah berlangsung dengan meriahnya pagi tadi. Disambut bertepatan dengan tarikh keramat 16 Mei 2013 ini, para guru kelihatan amat gembira dan terharu dengan ucapan Selamat Hari Guru oleh murid - murid.

Murid - Murid SK Paya Besar turut berusaha menggembirakan para guru mereka. 3 persembahan di persembahkan untuk para guru. Staff sokongan juga tidak ketinggalan meraikan guru - guru SK Paya Besar apabila 'menghadiahkan' 2 biji kek khusus untuk majlis ini..

Majlis di pengerusikan oleh Adik Nur Amy Sofea bt Md Ismail. Doa pula telah diketuai oleh Adik Mohd Aidel bin Mohd Rasid.


















Buat kali pertama, sekolah kita telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan untuk menyertai Kejohanan Hoki L/P 12 yang telah dilangsungkan di SM Tinggi Segamat pada 8 dan 9 Mei lepas. Kejohanan kali ini disertai 10 pasukan sekali dan 6 pasukan perempuan (juga sejarah dalam sukan hoki daerah segamat).

Berbekalkan semangat ketika menjadi naib johan lelaki dan keempat perempuan, di kejohanan hoki 6 sebelah 1 Murid 1 Sukan tahun lepas, para pemain tampil lebih bersemangat untuk mencipta kejutan dengan misi layak ke separuh akhir.

Beberapa orang pemain juga sanggup berkorban untuk melupakan hasrat mewakili segamat dalam sukan sofbol MSSJ kerana ingin bermain dalam kejohanan hoki kali ini. (tarikh latihan pusat yang sama). Berikut ialah keputusan penuh kejohanan kali ini:

Perempuan 12

Kumpulan A
SKPB 0 - 0 STAR
SKPB 2 - 1 SK Desa Temu Jodoh

Separuh Akhir
SKPB 3 - 0 SK Batu Anam

Akhir
SKPB 1 - 1 SK LKTP Chempelak

SKPB tewas penentuan penalti..

Lelaki 12
Kumpulan A
SKPB 1 - 0 SK Desa Temu Jodoh
SKPB 1 - 1 SK Sri Labis

Pusingan kedua - Kumpulan x

SKPB 1 - 0 SK LKTP Chempelak
SKPB 0 - 0 SK Tenang Stesen

Akhir
SKPB 0 - 0 SK Gemereh

SKPB menang penentuan penalti 2-0

Beberapa orang murid telah terpilih untuk mewakili MSS Segamat ke Kejohanan Hoki MSS Negeri Johor di Stadium Taman Daya, Pasir Gudang 17 - 19 Mei ini.

Perempuan 12
Nor Asyikin bt Amir
Nur Ainul Iman bt  Mohd Salleh
Syazana bt Haryanta
Fatin Nur Zulaikha bt Miswan
Nur Khairunnisa bt Mohd Ishak
Nurul Shafeekah bt Zaiton

Lelaki 12
Mohd Aiman bin Rasid
Mohd Aidel bin Rasid
Mohd Aniq bin Kasdan
Mohd Zharif bin Mohd Amin
Amir Haziq bin Mohd Amran