twitter
rss

Rasa bersyukur berada di SK Paya Besar... Apa tidaknya, hubungan dan kerjasama guru dan warga sekolah yang sangat baik. Jujurnya, biarpun terdapat perselisihan dan perbezaan pendapat, ia tidak sedikit pun menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan warga SK Paya Besar.

Sekolah ini sentiasa meriah. Biarpun sesi persekolahan tamat pada jam 1:30 - 2:00 ptg, namun kehadiran ibu bapa yang menemani anak2 mereka sementara menunggu sesi persekolahan Sekolah Agama pula amat menghidupkan suasana. Kadangkala, perbincangan lisan tentang hal anak2 juga berlaku di kantin sekolah.

Harapannya, kerjasama, persepakatan, toleransi dan permuafakatan warga SK Paya Besar ini akan berterusan demi menjayakan misi dan visi sekolah.

Sekolah kita telah menghantar wakil ke Kejohanan Catur MSSK Selatan 2014. Seramai 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan mewakili sekolah kita dalam kejohanan tersebut.
Berikut ialah keputusan yang melibatkan peserta sekolah kita;
L12
1. Mohd Aidel Rasid - keenam (wakil zon )
2. Mohd Irsyad bin Mohd Amin - kelapan
P12
1. Nur Athirah bt Mohd Ali - keempat (wakil zon)
2. Nur Ainul Iman bt Mohd Salleh - ketujuh
SK PAYA BESAR juga berjaya memenangi tempat kedua keseluruhan pada tahun ini. Sekolah amat berbangga dengan pencapaian mereka. Semoga kejayaan akan terus dicapai pada tahun ini.


Tarikh : 23/2/2014
Masa : 7:30 a.m
Tempat : Dataran Perhimpunan, SK Paya Besar

Pada 15/2/2014 yg lepas, Masjid Nur Iman Kg Paya Besar telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Majlis ini juga telah dilaksanakan dengan kerjasama SK PAYA BESAR, SA PAYA BESAR.
Kita juga tidak ketinggalan apabila turut menyertai dan memeriahkan perarakan sempena Majlis tersebut.

Permulaan tahun 2014 yang amat menyedihkan buat warga SKPB. Salah seorang guru yang banyak berjasa kepada SKPB telah meninggalkan kita kerana berpindah ke Negeri Selangor.

Cikgu Zubaidah, seorang guru yang penuh semangat, dedikasi, rajin dan sangat komited terhadap tugasnya. Beliau juga banyak membantu pihak pentadbiran, guru2 dan warga SKPB.

Warga SKPB hanya mampu mengiringi pemergian beliau dengan doa dan harapan agar beliau sentiasa cemerlang, ceria dan gembira sentiasa.

Assalamualaikum... Salam sejahtera
Dah lama betul blog ini tidak dikemaskini. Almaklumlah, banyak tugasan yang perlu diselesaikan... apapun.. 2014 sudah datang.. Mulakan dengan semangat dan azam yang baru..

Kejohanan Balapan dan Padang SK Paya Besar, kali ke - 14, Tahun 2013.
Tarikh : 31 Oktober 2013
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Padang SK Paya Besar

Keputusan:
Juara Keseluruhan : Rumah Laksamana (Kuning)
Naib Juara : Rumah Bendahara (Biru)
Ketiga : Rumah Syahbandar (Merah)

Olahragawan : Muhd Badrul Amin bin Mohd Ishak - Laksamana
                       3 emas, 1 perak - 2 Rekod baru
Olahragawati : Nor Asyikin bt Amir - Laksamana
                       2 emas, 3 perak, - 2 rekod baru

Pingat emas terbanyak : Laksamana
Juara Keseluruhan lelaki : Laksamana
Juara Keseluruhan Perempuan : Bendahara
Juara keseluruhan Merentas Desa : Bendahara
Juara Hiasan Khemah Terbaik : Laksamana
Juara Perbarisan Terbaik : Syahbandar

Terbaik bawah 12 tahun : Laksamana
Terbaik bawah 10 tahun : Laksamana
Terbaik bawah 8 Tahun : Bendahara
Terbaik PRA Sekolah : Syahbandar
Terbaik L8 : Bendahara
Terbaik P8 : Laksamana
Terbaik L10 : Laksamana
Terbaik P10 : Laksamana
Terbaik L12 : Laksamana
Terbaik P12 : Laksamana




Rumah Biru dengan bangganya mendahului pungutan mata dalam acara Merentas Desa 2013, acara pertama dalam kalendar Kejohanan Sukan Tahunan SK Paya Besar tahun ini. Rumah Biru mengumpul sebanyak 81 mata, diikuti oleh Rumah Merah dengan 75 mata. Agak mengejutkan, Rumah Kuning ketinggalan agak jauh di belakang, hanya mampu mengumpul sejumlah 52 mata.
   Semua murid dan guru teruja dengan acara ini yang sepatutnya dijalankan pada bulan Mac 2013. Kesungguhan jelas terpancar diwajah setiap peserta dan guru apabila tiada seorang pun peserta yang gagal menamatkan larian mereka. Guru - guru, malah segelintir ibubapa juga turut menyertai dan menamatkan larian mereka.
   
   Ketika ini, Rumah Biru yang diketuai Cikgu Samad bin Jamal berkeyakinan tinggi untuk merampas juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan SK Paya Besar 2013. Pun begitu, Rumah Merah takkan mengalah. Rumah Kuning yang kehilangan seorang demi seorang guru berkaliber mereka tetap melaungkan amaran mempertahankan kejuaraan. Nantikan kesudahannya...

















TARIKH : 27 - 28 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : SK PAYA BESAR
PESERTA : MURID TAHUN 4,5 DAN 6








TARIKH : 5 SEPTEMBER 2013
MASA ; 8:00 PAGI
TEMPAT : DATARAN KEJAT DAN KANTIN SK PAYA BESAR

SKPB telah menanjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Majkis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah. Berbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang bulan dan juga pada hari tersebut, antaranya kelas patriotik, mewarna, pakaian beragam merdeka raya dan lain - lain.








SK Paya Besar mencatat satu lagi kejayaan yang membanggakan apabila 11 pemain terpilih ke mewakili daerah Segamat ke Kejohanan Hoki MSS Negeri Johor di Stadium Taman Daya, Pasir Gudang...

Berikut ialah keputusan penuh perlawanan,

P12
Segamat 0 - 4 Pasir Gudang
Segamat 3 - 0 Pengerang

L12
Segamat 0-1 Johor Baru
Segamat 1-0 Pengerang

3 orang pemain terpilih menjalani latihan pusat ke MSSM iaitu;

Amir Haziq Amran
Mohd Aiman Rasid
Nor Asyikin Amir

Tahniah dan all the best


Majlis Sambutan Hari Guru peringkat SK Paya Besar telah berlangsung dengan meriahnya pagi tadi. Disambut bertepatan dengan tarikh keramat 16 Mei 2013 ini, para guru kelihatan amat gembira dan terharu dengan ucapan Selamat Hari Guru oleh murid - murid.

Murid - Murid SK Paya Besar turut berusaha menggembirakan para guru mereka. 3 persembahan di persembahkan untuk para guru. Staff sokongan juga tidak ketinggalan meraikan guru - guru SK Paya Besar apabila 'menghadiahkan' 2 biji kek khusus untuk majlis ini..

Majlis di pengerusikan oleh Adik Nur Amy Sofea bt Md Ismail. Doa pula telah diketuai oleh Adik Mohd Aidel bin Mohd Rasid.